Friday, October 2

Selamat Datang

PASTI sebagai sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak Islami sememangnya sudah diakui dan disegani oleh masyarakat. Malahan tidaklah keterlaluan untuk dikatakan yang kini, PASTI dianggap sebagai antara rangkaian tadika Islam yang terunggul di Malaysia. Pendidikan PASTI merupakan satu sistem pendidikan integratif dan holistik ke arah melahirkan generasi pelapis Islam yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan.

PASTI adalah aktiviti PAS yang tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan parti melalui Fasal 6 (2) yang mana Perlembagaan PAS ini telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan. Oleh itu, gerakerja PASTI adalah sah di sisi undang-undang (Sila rujuk: Seksyen 18C Bahagian 1A, Akta Pertubuhan 1966).

Melihat kepada keperluan untuk menyediakan peluang pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam yang lebih luas di Sarawak, penubuhan PASTI di Bintulu adalah satu agenda yang amat wajar dan penting untuk kelangsungan dakwah Islam di bumi kenyalang ini

Alhamdulillah, tertubuhnya blog ini, bermakna bermulalah perjalanan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang pertama bagi daerah Bintulu.

Alamat: 140, Taman Angsana, 97000 Bintulu, Sarawak

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pengurus - 0192538606
Setiausaha - 0199760397

No comments:

Post a Comment