Tuesday, March 10

Lawatan PASTI Bintulu ke Perpustakaan Bintulu

7 Mac 2015 bersamaan hari Sabtu, PASTI Bintulu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Bintulu. Lawatan tersebut terdiri daripada 4 buah PASTI yang terdapat di bintulu iaitu PASTI Al-Mukminin, PASTI Nur Iman, PASTI Al-Furqan dan PASTI Firdaus. Antara tujuan lawatan tersebut tidak lain adalah untuk memberikan gambaran awal kepada pelajar PASTI suasana perpustakaan di samping melahirkan budaya membaca di kalangan para pelajar.




Oleh yang demikian, AJK PASTI Bintulu mengucapkan tahniah dan syabas di atas komitmen semua jawatankuasa dalam menganjurkan aktiviti yang bermanfaat ini. Semoga PASTI Bintulu lebih komited lagi dalam menganjurkan sebarang program untuk manfaat bersama.
Sekian.

Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran

2 comments:

  1. Tahniah PASTI Bintulu. Anyway, itu saja tempat yg boleh dilawati kan....apa boleh buat, Taman TumBiNa tak brp selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jzkk. Insya Allah, akan diusahakan untuk melawat tempat2 lain lagi.

      Delete