Saturday, January 5

Pendaftaran PASTI Al-Mukminin 2013

Pada tanggal 1 Januari 2013 yang lepas, Pendaftaran Pelajar PASTI Al-Mukminin 2013 diadakan di premis PASTI Al-Mukminin. Sesi pendaftaran yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari ini diuruskan oleh AJK PASTI sendiri.

Sesi pendaftaran bermula

Para guru menyambut kehadiran ibu bapa

Seronok mereka bila dah dapat 'jajan'

Khusyuk menonton CD Hadi dan Huda

"Weh, kitak makan baca bismillah sik?"

Sebahagian ibu bapa yang hadir

"Taulah aku pendek. Jangan la tolak-tolak aku"

Mural PASTI

Kami penjaga dinding

Mencuba baju uniform PASTI. Bukan kakak tu yang cuba, tapi budak baju biru tu 

Premis PASTI yang sudah 4 tahun beroperasi

Ibu bapa yang baru tiba

Dah habis pusing semua kaunter, jom balik!

"Yeay. Dah nak sekolah esok!"

Khusyuk menerangkan panduan ibu bapa

Suasana di Hari Pendaftaran

Seramai 26 orang datang mendaftar dengan membawa anak masing-masing, bermula dari 4 tahun hingga 6 tahun. Bilangan pelajar kali ini meningkat ke 26 orang (setakat 1 Januari) berbanding dengan jumlah pelajar pada tahun lepas yakni 24 orang. Daripada 26 orang pelajar yang mendaftar, 14 daripada mereka adalah pelajar yang baru mula mendaftar di PASTI, selebihnya adalah pelajar yang menyambung pelajaran mereka dari tahun lepas. 

Alhamdulillah, masyarakat Bintulu sudah mula menerima kehadiran PASTI sebagai tempat didikan anak-anak mereka sejak dari kecil. Bak kata pepatah Melayu yang tidak asing lagi, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kerana di peringkat inilah anak-anak mudah dididik dan diasuh dengan sebaiknya.


No comments:

Post a Comment