Saturday, November 21

Selamat Datang ke PASTI Al-Mukminin


Pendaftaran untuk sesi pengajian tahun 2010 masih dibuka. Tempat adalah terhad.
Daftarkan anak anda segera!

Tuesday, November 10

Soalan-soalan Lazim berkenaan PASTI

1. Berapakah yuran pendaftaran PASTI?

RM 100. Kos ini termasuk dengan:
a. Set buku teks & buku kerja
b. T-shirt PASTI
c. Skim Takaful Berkelompok PASTI Negeri Sarawak

2. Berapakah kos uniform pelajar PASTI?

RM 30 termasuk:
a. Lelaki: Baju, seluar, lencana & kopiah
b. Perempuan: Jubah, seluar, lencana & tudung

3. Apakah subjek-subjek yang akan diajarkan?

Ada 10 subjek:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Bahasa Arab
d. Al-Quran
e. Jawi
f. Matematik
g. Sains Sosial & Pembangunan Insan
h. Peribadi Muslim
i. Pra-Penulisan
j. Pengenalan Asas Komputer

4. Bagaimana dengan jadual harian PASTI?

PASTI Al-Mukminin menawarkan 2 pakej:
a. Pakej A (RM 70/bulan)
i. 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
ii. Rehat: 9.45 – 10.00 pagi

b. Pakej B (RM 150/bulan)
i. 7.30 pagi hingga 4.30 petang
ii. Rehat: 9.45 hingga 10.00 pagi & 11.30 pagi hingga 1.30 petang

5. Berapakah bayaran tambahan sekiranya ibubapa terpaksa mengambil anak mereka selepas jam 4.30 petang?

Masa menunggu maksimum ialah pada 5.30 petang. Caj sebanyak RM 10/jam perlu ditambah sekiranya melebihi masa ini.

6. Adakah makanan disediakan untuk pelajar PASTI?

Makanan tengahari & minum petang disediakan untuk para pelajar Pakej B sahaja. Makanan semasa waktu rehat pagi perlu disediakan oleh ibubapa untuk semua pelajar kedua-dua pakej.

7. Adakah PASTI menerima kanak-kanak 4 atau 5 tahun yang belum pandai menjaga diri (cth; buang air dll)?

Ya, kerana kami mempunyai pembantu guru yang akan menguruskan kanak-kanak ini tetapi segala kelengkapan harus disediakan oleh ibubapa.

8. Apakah aktiviti-aktiviti bukan akademik/luar kelas PASTI?

Contoh-contoh adalah seperti berikut:
a. Hari sukan
b. Lawatan sambil belajar
c. Ihtifal / Majlis graduasi
d. Sambutan harijadi bulanan

9. Apakah kelulusan guru-guru PASTI?

Semua guru PASTI adalah terlatih. Kelayakan minimumnya adalah diploma dan telah mengikuti Kursus Asas Perguruan & Kursus Sijil Perguruan oleh PASTI Malaysia.

10. Adakah PASTI berdaftar dengan mana-mana kementerian?

Tidak, PASTI Al-Mukminin adalah berdaftar dengan PASTI Malaysia. Ada lebih 50 cawangan PASTI di seluruh Malaysia.

11. Apakah kelebihan graduan PASTI / sistem PASTI itu sendiri?

Sistem PASTI menekankan aspek:
a. Kecemerlangan akademik
b. Kecemerlangan akhlak & budi pekerti
c. Pembudayaan solat di peringkat awal
d. Penguasaan bacaan Al-Quran di peringkat awal usia
e. Hafazan surah-surah penting, doa & zikir