Saturday, January 16

Minggu Orientasi Pelajar PASTI Al-Mukminin

Alhamdulillah, selesai sudah Minggu Orientasi untuk pelajar PASTI yang baru memulakan sesi pengajian mereka pada 4 Januari yang lalu.

Dilampirkan gambar-gambar aksi pelajar-pelajar PASTI yang petah dan bijak. Semoga usaha mendidik anak-anak ini menjadi pemangkin ke arah pembentukan mukmin sejati.





Tuesday, January 5

Sekitar Hari Pendaftaran PASTI Al-Mukminin


Alhamdulliah...syukur diucapkan kepada yang maha esa dengan keizinannya PASTI Al-Mukminin telah berjaya memulakan operasinya secara rasmi dengan mengadakan hari pendaftaran untuk murid-murid baru bagi sesi persekolah 2010. Sesi pendaftaran ini berlangsung pada hari sabtu, 2 Januari 2010 bersamaan 16 Muharram 1431H bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00pagi.



Sepanjang sesi tersebut pelbagai gelagat-gelagat bakal murid dapat disaksikan. Berikut adalah gambar-gambar yang berjaya dirakam sekitar hari pendaftaran PASTI Al-Mukminin:






Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada murid-murid ini kerana menjadi pelajar batch pertama PASTI Al-Mukminin, Bintulu.