Thursday, January 6

Hari Pendaftaran PASTI Al-Mukminin Untuk Sesi Persekolahan 2011

Alhamdulilah, syukur kehadrat ilahi dengan izinnya PASTI Al-Mukminin Bintulu telah memasuki tahun kedua beroperasi.

Pada 2 Januari 2011 bersamaan 27 Muharram 1432H, PASTI Al-Mukminin telah mengadakan hari pendaftaran murid-murid untuk sesi persekolahan 2011. Kaunter pendaftaran telah dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00pagi.

Berikut dilampirkan gambar-gambar sekitar hari pendaftaran dan hari pertama sesi persekolah 2011.


Hari Pendaftaran - 2 Januari 2011

a) Kaunter pendaftaran murid-murid sesi persekolahan 2011.

b) Murid PASTI sedang mendapatkan saiz untuk uniformnya 

c) AJK PASTI sedang merekod ketinggian dan berat badan murid.

d) Ibu bapa menunggu giliran untuk mendaftarkan anak-anak mereka

e) Sesi ramah mesra ibu bapa murid-murid PASTI

f) Salah seorang dari murid-murid baru PASTI Al-Mukminin



Hari Pertama Sesi Persekolahan - 3 Januari 2011

a) Murid-murid berbaris dan membaca doa sebelum memulakan sesi persekolahan.

b) Murid memperkenalkan diri kepada rakan-rakan yang lain

c) Guru mengagihkan tanda nama kepada murid
 
d) Murid ini bernama Norfazura
 
e) Guru mengadakan aktiviti dalam kumpulan untuk membiasakan murid-murid  dengan  rakan-rakan baru mereka

f) Guru mengajarkan nama-nama anggota badan dalam bahasa arab.