Saturday, May 21

Lawatan sambil belajar ke Taman Tumbina


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, PASTI Al-Mukminin berjaya sekali lagi menganjurkan lawatan sambil belajar ke Taman Tumbina untuk sesi 2011. Seramai 15 orang pelajar PASTI menyertai lawatan ini. Pelajar-pelajar PASTI ini ditemani oleh seramai 12 orang Pengurusan PASTI Al-Mukminin.

Tergambar kegembiraan di wajah pelajar-pelajar PASTI ini walaupun letih berjalan-jalan di Taman Tumbina. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi.

Monday, May 16

Selamat Hari Guru!



Pihak Pengurusan PASTI-Al-Mukminin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia amnya dan guru-guru PASTI khususnya. Jasa kalian dalam mendidik anak bangsa sangat tidak ternilai harganya. Moga Allah memberkati usaha kalian dan merahmati kalian.

Di Mana Ada Kemahuan,
Di Situ Ada Jalan;
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan