Monday, September 10

Jamuan Aidilfitri 1433H




Bersempana dengan bulan Syawal yang mulia ini, pihak pengurusan PASTI Bintulu telah menganjurkan Jamuan Aidilfitri. Kehadiran para ibu bapa pelajar-pelajar PASTI dan Kelas Iqra' memeriahkan lagi Jamuan Aidilfitri ini.


Tujuan utama jamuan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama pihak Pengurusan dan ibu bapa para pelajar. Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin bertambah erat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Taqabalallah Minna wa Minkum.

Sunday, April 15

Sukan Tahunan PASTI Al-Mukminin


Buat julung-julung kalinya PASTI Al-Mukminin berjaya menganjurkan Sukan Tahunan. Sukan ini telah diadakan di Padang UPM Kampus Bintulu.

Pelbagai acara diatur untuk pelajar-pelajar PASTI seperti lumba lari, tiup belon sampai pecah dan sebagainya. Tidak dilupakan acara sukan untuk keluarga pelajar-pelajar PASTI, seperti menghias anak menggunakan surat khabar.

Acara sukan kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua ibu bapa PASTI Al-Mukminin dan pelajar-pelajar PASTI sendiri. Semoga sukan ini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun mendatang.




Friday, January 6

PASTI AL-MUKMININ SESI 2012

BINTULU, 2 Jan - Pendaftaran PASTI Al-Mukminin 2012 telah berlangsung pada 02/01/2012 iaitu pada hari Isnin pertama 2012.

Pendaftaran ini telah berlangsung dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi di PASTI Al-Mukminin. Penambahbaikan yang dapat disaksikan pada tahun ini adalah dengan menawarkan 3 pakej iaitu:
(Pakej A) 7.30am - 12.30pm (Yuran bulanan - RM100)
(Pakej B) 7.30am - 3.00pm (Yuran bulanan - RM180)
(Pakej C) 7.30am - 5.00pm (Yuran bulanan - RM220)

Yuran pendaftaran yang dikenakan pula adalah RM320 (termasuk pakaian dan kelengkapan).

Semoga dengan penambahbaikan yang telah diambil akan menatijahkan kebaikan kepada semua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 29

MAJLIS KONVOKESYEN

Buat kali yang keduanya, PASTI Al-Mukminin sekali lagi akan mencatat sejarahnya yang tersendiri dengan berlangsungnya majlis Konvokesyen pada 30 Oktober 2011.

Majlis yang akan berlangsung di Dewan Pusat Islam dari 8.00 pagi hingga 11.50pagi dijangkakan lebih meriah berbanding Majlis Konvokesyen pertamanya dahulu.
Published with Blogger-droid v1.7.4